Tuesday, January 22, 2013

Hemmmm

ASSALAMUALAIKUM.

Kejap je masa tu berlalu. Hari-hari aku semakin lifeless sejak digelar pelajar lepasan spm dan mungkin aku bakal digelar penternak lemak yang berjaya. Mana tak nya. dua minggu selepas spm, aku bekerja di Kenny Rogers Roaster, TBS. Bila rehat pula aku diberi makan free satu  set quarter chicken. Sampai aku rasa hari hari aku dikelilingi dengan ayam. Ayam ayam ayam. Ohh ayam. Takda lah lama mana. Sempat lah aku hafal semua lagu tema Kennys yang naik jemu aku dengar dan sempat lah rasa dua kali gaji. Itu pun rasa macam dah gah gila. Padahal kerja Kennys je pun hahaha.

kerja tak hampir dua bulan. berhenti sebab................

                      ' Itu lah orang kata. jangan kerja nak kerja juga. Degil ' - ayahanda gua

dah naik lali telinga aku dengar leteran ayah hari hari. tssskkk. memanglah pada mulanya nak duduk rumah je tak nak kerja. nak honeymoon kononnya nak lepaskan segala gian. tapi bila dah duduk rumah.......nauzubillah. terasa diriku sungguh berharga. sigh.   habis lepas satu satu episod aku tonton. setiap sudut rumah dah aku kemas. makan selagi 'hado' dalam peti sejuk tu aku telan. naik bosan.

                ' Dah manager tu yang blabalblablabla................ ' - gua

sesi ngumpat-mengumpat berjalan dengan lancar bila timbulnya isu kerja. memang ada kena-mengena dengan manager tempat aku bekerja. tapi biar aku je yang tahu. daripada aku terus bergelumang dalam dosa dek kerana seorang manusia, baik aku berhenti.

                       

entah berapa lah berat aku naik. nak tengok penimbang pun dah takut. ahh biar. aku tetap rasa ohwsemmm walaupun hari hari dah rasa semakin lifeless. hambar. memang hambar.

*notis: pesan pada diri. kita ada orang disekeliling. jangan terlalu lifeless. syukur masih ada orang yang sanggup teman kau hari hari. hadap segala yang kau nak :*










TERIMA KASIH AWAK :)